Restoran Jaman Tory Resepi Jadi Penaja Rasmi Radio Internet CMK FM


Jaman Tory Resepi, kini secara sah telah menjadi penaja utama kepada Radio Internet CMK FM. Perjanjian persafahaman telah dimeterai pada 22 Oktober 2018 yang lalu.

CMK FM akan menjadi wadah penyiaran rasmi untuk restoran popular itu selepas ini. Di harap perjanjian ini akan memberi kejayaan kepada kedua-dua belah pihak, terutamanya dalam usaha memajukan lagi perniagaan.



Orang ramai juga dipelawa untuk like pages Jaman Tory Resepi di https://www.facebook.com/jamantoryresepi/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi dan info terkini daripada restoran terbabit.

Jaman Tory Resepi kini merupakan restoran tradsional masakan Pahang yang semakin popular di Kuantan, Pahang khasnya bahkan di Malaysia amnya.

Berbagai aktiviti bersama akan dijalankan dari masa ke semasa untuk membolehkan kerjasama erat ini dapat dimanfaatkan, demi masa depan kedua-dua belah pihak.

CMK FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada JAMAN TORY RESEPI atas perhatian dan keprihatinan yang ditunjukkan terhadap radio digital ini. Semoga ia dapat memberi kekuatan untuk radio ini terus beroperasi dengan lebih mantap pada masa akan datang. #cmkfm